“Semua Stylish!” – Pelancong Dari Indonesia Terpegun Lihat Gaya Tudung Wanita Di Malaysia [Video]

LocalWomen's Fashion
27 Feb 2025 • 5:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Semakin hari, kita boleh lihat semakin banyak gaya tudung yang dipakai oleh kaum Hawa. Tetapi gaya-gaya ini adalah berbeza mengikut negara.

Antara gaya tudung yang semakin tular di kalangan anak muda di Malaysia sekarang adalah tudung bawal ‘style visor’. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menarik sedikit tudung di bahagian kepala untuk membentuk satu lagi lapisan bawal.

Tidak terhenti di situ, sesetengah masyarakat di negara ini juga dilihat lebih selesa menggayakan tudung gaya ‘loose’ yang tidak memerlukan begitu banyak pin atau jarum peniti.

Pelancong Dari Indonesia Ini Teruja Lihat Gaya Tudung Di Malaysia

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan seorang pelancong dari negara jiran Indonesia, Nadia (@nadia.q7) bersama rakannya yang sedang bersiar-siar sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.

Sepanjang berjalan di situ, Nadia dan rakannya terpegun melihat golongan wanita di Malaysia khususnya yang memakai tudung. Menurut Nadia, mereka memakai tudung dengan sangat kemas dan tidak comot.

Jelasnya lagi, ramai di kalangan wanita di negara ini memakai ‘hijab Paris’ dengan sangat cantik dan penuh bergaya. Untuk info di Malaysia, hijab Paris ini lebih dikenali sebagai tudung bawal.

image is not available
Foto: Antara gaya tudung di Malaysia

Malah dia juga berasa teruja melihat cara-cara penduduk di sini mengenakan shawl atau pashmina dalam bentuk tudung bawal. Tambah Nadia, ia tidak kelihatan pelik dan sesuai mengikut bentuk muka masing-masing.

Menurut rakan Nadia, walaupun kebanyakan tudung dilihat tebal tetapi ia tidak kelihatan serabut apabila dipakai.

“Tak ada yang tak kemas, semua tudung dibentuk elok dan kelihatan manis dan anggun. OMG saya suka wanita-wanita di Malaysia,” kata Nadia di ruangan kapsyen.

@nadia.q7 Kek gada yg polos gitu, semuanya kek di bentuk2 gitu hijabnya dan keliatan manis + anggun omgggg i love malaysian girl😭🫶🏻 #hijabi #malaysia #fyp ♬ suara asli – Ig : nadia.q7 🌷

Tonton video penuh [DI SINI].

Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan sebanyak 8 juta setakat artikel ini ditulis (27 Februari).

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Gaya Tudung Di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan Nadia.

“Betul, saya non-Muslim tapi sangat suka style hijab Malaysia. Sepupu saya sendiri pun cantik betul gayanya,” kata seorang wanita.

Malah ada juga warga Indonesia yang lain berkata kebanyakan golongan wanita di Malaysia akan seterika dahulu tudung mereka sebelum dipakai.

“Saya orang Indonesia yang kerja di Malaysia. Memang suka sangat style hijab Malaysia. Mereka pakai anak tudung dan tudungnya akan diseterika setiap kali mahu dipakai,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga yang memuji Nadia bersama rakannya kerana hijab yang dipakai juga kelihatan minimalis dan terletak elok pada kepala.

“Kamu puji orang Malaysia, kamu sedar tak yang kamu pun cantik?” kata seorang pengguna TikTok.

Ada juga kaum Adam yang berseloroh dengan pemakaian tudung wanita di Malaysia.

“Di sebalik cantik-cantik mereka pakai (tudung), dua jam juga kami kena sidai selalu,” kata seorang lelaki.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@nadia.q7)

Tutorial Tudung Yang Anda Boleh Cuba

Buat mereka yang bosan asyik memakai gaya tudung yang sama, di bawah ini kami kongsikan video-video tutorial yang boleh dijadikan rujukan.

Dalam masa lebih kurang sebulan lagi, para Muslim pun akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, jadi bolehlah anda berlatih dari sekarang.

Yang penting tidak boleh cepat berputus asa dan cuba hingga berjaya bagi mendapatkan gaya tudung yang diinginkan. Antaranya:

Tonton video [DI SINI].

Tonton video [DI SINI].

@asyallieeahmad08 Very demure, very pretty bawal style for you 🤎 Donning #AsyallieeLYDIA ♬ La Petite Fille De La Mer – Al Marconi

Tonton video [DI SINI].

Source: