
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menganjurkan majlis perkahwinan bukan satu perkara mudah. Kadangkala, timbul perkara tidak diingini tetapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukannya.
Terdapat juga kes di mana tetamu undangan membuat hal dengan melakukan kejutan sambutan hari jadi sesuka hati di majlis persandingan orang lain.
Ada di antaranya yang telah berbincang dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu. Manakala ada juga sebaliknya.
Ada Pihak Suka Hati Buat Surprise Ulang Tahun Kelahiran Di Majlis Orang Lain
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @rafzanfazren) apabila seorang wanita dikenali sebagai Razfan berkongsi pandangannya mengenai perbuatan segelintir individu yang melakukan sebarang jenis sambutan di majlis orang lain.
Menurutnya, perbuatan sebegitu perlu dihentikan kerana ia boleh membuatkan pihak yang menganjurkan majlis berasa kurang senang dan tidak selesa.
“Jangan normalise sambut apa-apa di majlis orang. Contohnya, majlis kahwin si A. Tiba-tiba si B buat surprise birthday si C. Terus berubah muka pengantin,” kata wanita terbabit.
Hal ini kerana majlis istimewa itu dikhaskan buat pasangan pengantin tersebut, tetapi lain pula yang jadi apabila pihak lain ‘menumpang’ acara yang sama untuk melakukan majlis mereka pula.
Lebih Baik Elakkan Meskipun Sudah Dapat Izin Tuan Rumah
Dalam satu ciapan lain, Rafzan menjelaskan bahawa ia bergantung kepada situasi. Ada sesetengah tuan rumah yang membenarkan orang lain menumpang di majlis mereka sebagai contoh kenalan terdekat atau ahli keluarga.
Pun begitu, adalah lebih baik untuk tidak melakukannya meskipun sudah mendapat ‘green light’.
“Ada kes pengantin jenis people pleaser (suka senangkan hati orang), izinkan sahaja. Tapi dalam hati sedih. Majlis dia, tapi orang raikan birthday yang lebih meriah,” ujar Rafzan.
Jangan normalise sambut apa apa di majlis orang. Contohnya, majlis kahwin si A. Tetiba si B buat surprise birthday si C. Terus berubah muka pengantin 😭🤧
— rink (@rafzanfazren) February 24, 2025
Ramai Tak Setuju Dengan Perbuatan Tumpang Majlis Orang
Perkongsian ini nyata mendapat perhatian selepas ramai warganet yang turut berkongsi pandangan mereka mengenai isu ini. Ramai yang dilihat mengkritik pihak yang menumpang majlis orang lain.
“Kenapa pelik-pelik ya makhluk di muka bumi sekarang? Mana adab dengan individu lain?” tanya seorang netizen.
Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka apabila berdepan dengan isu sesuatu pihak yang menumpang majlis orang lain.
“Saudara mara aku sambut birthday siap kek bagai masa kenduri tahlil. Kalau nak tahu, tak sampai 24 jam lagi arwah tu dikuburkan. Terkedu muka balu arwah,” kata seorang pengguna X.
Sementara itu, ramai juga berkata individu perlu menghormati penganjur majlis yang sudah melaburkan duit yang banyak semata-mata untuk merealisasikan hari istimewa tersebut.
“Pasangan pengantin habis berpuluh ribu boleh pula sibuk sambut orang lain. Kalau aku ahli keluarga, aku ambil mikrofon buat pengumuman, ‘Penyambut birthday di majlis orang sila keluar dari sini, sini bukan tempat dan masanya'” kata seorang wanita.












Baca Artikel Berkaitan: [Video] Makcik Di Kenduri Kahwin Mahu ‘Tapau’ Lauk Siap-siap Ketika Majlis Belum Bermula
Adab Yang Perlu Dipraktikkan Semasa Berada Di Majlis Orang Lain
Meskipun bukan selalu, namun ada segelintir individu yang membuat onar tanpa mereka sedari ketika mengunjungi sesebuah majlis.
Kadang-kadang tetamu yang tidak menjaga adab ini boleh membuatkan mood tuan rumah tidak baik. Ia bukan sahaja merosakkan majlis, malah menjadi punca kepada majlis yang tidak teratur.

Berikut kami kongsikan beberapa common sense yang perlu dipraktikkan semasa berada di majlis orang. Antaranya:
- Tidak menimbulkan sebarang kekecohan yang boleh merosakkan majlis
- Bercakap dengan perlahan dan sopan
- Jangan buat sepah
- Jaga tingkah laku anak-anak jika membawa mereka ke majlis
- Memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema majlis
- Beratur semasa mengambil makanan
- Sentiasa senyum dan tidak tarik muka apabila berbual dengan orang
- Ringan mulut untuk ucap terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput
- JANGAN bungkus makanan untuk dibawa balik, melainkan diizinkan oleh tuan rumah semasa majlis sudah berakhir
- Pergi ke majlis jika anda menerima undangan sahaja
- Jangan bawa tetamu sendiri ke kenduri orang
- Elak lepak terlalu lama di meja makan untuk beri ruang kepada tetamu lain
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tetamu ‘Kantoi’ Kaut Kuih Di Majlis Perkahwinan Untuk Dibawa Pulang. Amboi Kak!
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geram Lihat Tetamu Kenduri Kahwin Lepak Lama Di Meja Hingga Ada Jemputan Lain Terpaksa Makan Di Lantai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Setuju Tindakan Emcee Tegur Ibu Bapa Untuk Awasi Anak Agar Tak Ganggu Majlis Perkahwinan [Video]
Source:

![Ramai Puji Kanak-Kanak Prihatin Pujuk Rakan Sekolah Menangis Ketika Tunggu Ibu Bapa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

