
Pengacara dan pelakon Janna Nick tumpang gembira melihat video isteri kepada pelawak Achey, Anne berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil. Menerusi hantaran di Threads, Janna mengakui dia berasa sebak melihat Anne yang dalam keadaan gementar menunggu keputusan kehamilannya di luar bilik doktor. “Sedihnya (yang gembira) tengok video Anne dan Achey dapat baby. Penantian 15 tahun tu 🤧. Berkaca mata tengok Anne nervous masa dekat luar bilik doctor sementara menunggu keputusan tu. “Sesungguhnya Allah Maha Baik, Maha mendengar 🥹,” kongsinya. Dalam pada itu, Anne turut mengucapkan terima kasih selain mendoakan agar Janna juga dikurniakan cahaya mata dan dipermudah segala urusan. “Terima kasih @jannanick kita doakan awak pula ya… semoga awak dikurniakan zuriat dan dipermudahkan segala urusan 😭😭😭😭,” balasnya. Terdahulu pelawak Achey dan isteri, Nor Hasanah atau Anne , berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata selepas 15 tahun menanti. Mereka tidak pernah putus doa walaupun melalui pelbagai ujian termasuk rawatan IVF sebelum ini. Pasangan ini juga menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat.Sumber - Threads






