
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berdepan detik cemas selepas jari tangan kanannya tersepit pada sebuah eskalator di pusat beli-belah di Jalan Tun Sambanthan pada petang Ahad.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 3.43 petang.
Berikutan kejadian tersebut, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dihantar ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.
Menerusi kenyataan di Facebook, Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Hang Tuah memaklumkan, jari tangan kanan kanak-kanak berkenaan tersepit pada bahagian bawah dinding tangga eskalator.
Baca juga:
Warga asing guna logo JIM pada kenderaan dalam video tular ditahan- Jari kanak-kanak lima tahun tersepit pada eskalator di pusat beli-belah
‘Ini semua ketentuan Allah, saya tak salahkan sesiapa’ – Ismahalil
Bagi mengeluarkan jari mangsa, anggota bomba menggunakan peralatan khas yang bersesuaian untuk merenggangkan bahagian eskalator tersebut.
“Pasukan bomba bertindak pantas dengan menggunakan peralatan khas Hydraulic Ram bagi merenggangkan bahagian dinding tangga eskalator sebelum berjaya mengeluarkan tangan mangsa dengan selamat.” katanya.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan ambulans untuk mendapatkan rawatan susulan dan pemeriksaan lanjut.
Sumber: Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Buletin TV3
The post Jari kanak-kanak lima tahun tersepit pada eskalator di pusat beli-belah appeared first on The Reporter.





