Jaring Tujuh Gol, Pemain Warisan Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Srikandi Merdeka

19 Aug 2026 • 8:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jaring Tujuh Gol, Pemain Warisan Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Srikandi Merdeka

Bintang berdarah Malaysia-Amerika Syarikat (AS), Lim You menjadi tonggak utama ketika skuad bola sepak bawah 16 tahun (B-16) wanita negara mencipta kemenangan terbesar dalam sejarah kejohanan dengan membelasah Arab Saudi 9-0 pada aksi Piala Srikandi Merdeka di Super Soccer Arena, semalam.

Jaring tujuh gol

Pemain berusia 14 tahun itu tampil cemerlang dengan meledak tujuh gol, termasuk beberapa jaringan menarik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak kejohanan ketika ini.

Kualiti permainan yang dipamerkan Lim You menjadikannya antara senjata utama dan sandaran skuad kendalian Fairuz Montana Zainal Abidin menjelang aksi separuh akhir.

Lebih membanggakan, Malaysia tetap ampuh meskipun beraksi dengan 10 pemain selepas Dishanna Nagarajan Pillay dilayangkan kad merah, dengan barisan pelapis Malayan Tigress terus mendominasi permainan untuk melakar kemenangan bergaya.

Baca juga:

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan Kumpulan A di tempat kedua sekali gus mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Srikandi Merdeka.

Malaysia mengumpul empat mata, jumlah sama dengan Hong Kong, namun kelebihan jaringan memihak kepada skuad negara untuk muncul naib juara kumpulan dan mara ke pusingan empat terbaik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved