
KOTA KINABALU: Pelbagai program akan diadakan tahun ini, khususnya di Kota Kinabalu, bagi menyemarakkan lagi kegiatan sastera di negeri ini, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
Beliau berkata, kementeriannya sendiri akan terus memberikan sumbangan kepada semua persatuan penulis berdaftar dalam tempoh terdekat, bagi membantu mereka menganjurkan kegiatan berkenaan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya optimis banyak kegiatan sastera dapat dianjurkan, termasuk menerbitkan buku, kerana usaha penerbitan buku juga perlu diperkasakan seiring dengan kemeriahan pelbagai kegiatan sastera yang dianjurkan oleh persatuan penulis dan beberapa badan serta agensi sastera berkaitan di negeri ini,” kata Arifin.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Komunitas Puisi Esei Asean yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Jasni Matlani, di pejabatnya, di sini, pada 28 Jan lalu.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Turut serta dalam kunjungan itu, Timbalan Presiden Komunitas Puisi Esei Asean Fatin Hamama, Setiausaha Kehormat Komunitas Puisi Esei Asean Jonminofri Nazir, Timbalan Presiden Bahasa Sitti Rahmah G Ibrahim, selain Amelia Fitriani, Juri Durabi dan Haliza Matali.
Arifin, yang juga Adun Membakut berkata, program Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam juga akan terus diadakan di Membakut, yang antara pengisiannya termasuk Nadwah Sastera dan pengucapan puisi Islam.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pada tahun ini, program Mahrahan berkenaan akan diadakan lebih awal, dan saya yakin semua program sastera yang dianjurkan itu dapat membantu mempermudahkan lagi proses permohonan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai kota sastera yang diiktiraf oleh Unesco,” kata Arifin.
Kata Arifin lagi, jika semua yang dirancang berjalan dengan baik dan semua pihak bersatu hati melaksanakan program sastera di negeri ini, Sabah akan terus menjadi contoh yang baik dalam mengimarahkan sastera dan kehidupan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Dalam banyak hal, sastera juga selalu memanusiakan manusia,” tegas Arifin.


