Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba

6 Jun 2026 • 6:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba
Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih, dekat Tapah sejak 24 Mei lepas berjaya ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, petang tadi.
Image from: Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba
Jaslinda kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.
Image from: Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba
Haszman Othman, 61, suami kepada Jaslinda Saludin, 49 setia menanti kepulangan isteri tercinta.
Image from: Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba
Antara pasukan penyelamat yang berusaha mengesan Jaslinda.
Image from: Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 23 Mei lepas turut dilakukan dengan pencarian melalui udara. Foto Bernama

IPOH - Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih, dekat Tapah sejak 24 Mei lepas berjaya ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira 3 petang.

"Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sayani berkata, mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.

**media[3542191]**

ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

"Setakat ini, orang hilang (OH) berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan,” katanya.

**media[3542233]**

Sebelum ini, pendaki wanita itu dilaporkan bersama-sama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, bagaimanapun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei. - Bernama