Jatuh Dari Blok Menara: Kes Diklasifikasi Kematian Mengejut - Polis

10 May 2026 • 1:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Jatuh Dari Blok Menara: Kes Diklasifikasi Kematian Mengejut - Polis

KUALA LUMPUR - Seorang individu disahkan maut selepas terjatuh dari sebuah blok menara di Jalan Ampang semalam.

Jurucakap Polis Daerah Wangsa Maju berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau turut mengesahkan ada menerima laporan mengenai insiden berkenaan. 

“Kami telah menerima laporan berkaitan insiden di sebuah menara di Jalan Ampang,” katanya.

Menurut maklumat awal, video kejadian itu telah tular di media sosial, dengan pengguna mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang.

Pihak berkuasa masih belum mengeluarkan butiran lanjut mengenai identiti mangsa atau keadaan sebenar kejadian kerana siasatan masih dijalankan. – Getaran, 10 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved