JAWI perkenal kubur bertingkat, optimumkan ruang tanah

29 Oct 2026 • 10:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JAWI perkenal kubur bertingkat, optimumkan ruang tanah

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memulakan pelaksanaan pengebumian jenazah secara kubur bertingkat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS), Kepong bagi mengoptimumkan penggunaan ruang tanah perkuburan yang semakin terhad.

Projek perintis itu dilaksanakan menerusi Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur, khusus bagi jenazah yang tidak mempunyai waris.

JAWI memaklumkan Inisiatif itu turut memperkenalkan penggunaan mesin takal penurun jenazah yang dibangunkan JKR Kuala Lumpur bagi memudahkan proses menurunkan jenazah ke kedalaman lapan kaki.

“Selain itu bagi memastikan struktur keselamatan, penghadang runtuhan tanah (trench box) juga digunakan dalam proses pengebumian secara kubur bertingkat,” katanya dalam kenyataan.

Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan turut hadir bagi melihat sendiri proses pengebumian jenazah dan penggunaan mesin takal berkenaan.

JAWI berharap penggunaan peralatan berkenaan dapat meningkatkan kecekapan proses pengebumian dan memudahkan tugas petugas yang terbabit.

“Usaha menambah baik dan menaik taraf pengoperasian tanah perkuburan Islam termasuk penerokaan penggunaan teknologi dan peralatan yang bersesuaian menjadi matlamat dalam memastikan penyampaian perkhidmatan JAWI dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Usaha ini juga mencerminkan komitmen jabatan untuk memastikan pengurusan jenazah, dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, tertib dan penghormatan selaras dengan tuntutan syarak,” katanya.

The post JAWI perkenal kubur bertingkat, optimumkan ruang tanah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved