Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mula melaksanakan kaedah pengebumian jenazah secara kubur bertingkat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS), Kepong, Kuala Lumpur.
Pelaksanaan projek perintis itu dikhususkan kepada jenazah yang tidak mempunyai waris, sebagai salah satu usaha mengoptimumkan penggunaan tanah perkuburan Islam yang semakin terhad di ibu negara.
AdvertisementMesin Takal Penurun Jenazah Digunakan Pada Kedalaman Lapan Kaki
Menariknya, projek perintis tersebut turut memperkenalkan inovasi mesin takal penurun jenazah yang dibangunkan oleh JKR Kuala Lumpur.
Mesin berkenaan digunakan bagi memudahkan proses pengendalian dan penurunan jenazah ke dalam liang lahad pada kedalaman lapan kaki.
Selain itu, penggunaan penghadang runtuhan tanah atau trench box turut dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan kestabilan struktur tanah sepanjang proses pengebumian.
Penggunaan kedua-dua peralatan tersebut diharap dapat meningkatkan kecekapan urusan pengebumian, selain memudahkan tugas petugas yang mengendalikan jenazah.
Pelaksanaan projek itu turut disaksikan Pengarah JAWI, Tuan Haji Hanifuddin Roslan, yang hadir bagi melihat sendiri proses pengebumian dan penggunaan mesin takal berkenaan.
View this post on Instagram
JAWI Mahu Tingkatkan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam
Dalam pada itu, JAWI berharap pelaksanaan projek perintis ini dapat menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam pengurusan tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan.
Antara usaha yang diberi perhatian termasuk menaik taraf operasi tanah perkuburan serta meneroka penggunaan teknologi dan peralatan yang bersesuaian.
Langkah tersebut bertujuan memastikan perkhidmatan pengurusan jenazah dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, sistematik dan selamat.
JAWI turut menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap urusan pengebumian dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, tertib dan penghormatan selaras dengan tuntutan syarak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Mohon Ampun Dan Maaf..." - Ziela Jalil Berkongsi Mengenai Hubungan Dengan Bekas Madu, Puan Seri Faizah
The post Tanah Perkuburan Semakin Terhad, JAWI Mula Laksana Kaedah Kubur Bertingkat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![[VIDEO] Jenazah tanpa waris dikebumi secara bertingkat di Kepong](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-29-at-10.26.16-1024x713.jpeg)

