JBPM Perak Cadang Kaji Semula SOP Had Usia Kanak-Kanak Sertai Ekspedisi Mendaki Gunung

8 Sep 2026 • 1:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JBPM Perak Cadang Kaji Semula SOP Had Usia Kanak-Kanak Sertai Ekspedisi Mendaki Gunung

GERIK, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyarankan pihak berwajib mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) had usia kanak-kanak dalam aktiviti lasak serta ekspedisi mendaki gunung melalui laluan mencabar.

Pengarah JBPM Perak Datuk Sayani Saidon berkata langkah itu wajar diberi perhatian bagi mengurangkan risiko ketika terlibat dalam aktiviti berkenaan.

“Saranan ini kerana risiko kecederaan fizikal bagi kanak-kanak yang melalui trek mencabar adalah lebih tinggi berbanding pendaki dewasa.

"Jika tidak ada (SOP) standard, saya rasakan telah tiba masanya untuk jabatan berkenaan melihat perkara ini dengan lebih teliti dan telus supaya keterlibatan pendaki-pendaki terutamanya di bawah umur dapat kita hadkan untuk faktor keselamatan," katanya ketika ditemui di Jeti Trojan, Tasik Banding, di sini hari ini.

Baca juga:

Terdahulu, enam individu yang menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan ditemukan selamat semalam selepas dilaporkan hilang ketika mendaki gunung itu pada 29 Ogos.

Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri Siti Zulaiha Norizan, 39, serta anak Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9, serta dua malim gunung Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, dibawa keluar dari Pos Kemar, 8.30 pagi tadi sebelum tiba di Jeti Trojan pada 10.20 pagi.

Sebelum ini, enam mangsa itu dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu pada 29 Ogos. Mereka dilaporkan gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan, iaitu 3 Sept dan ahli keluarga membuat laporan polis pada Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved