JDT realisasikan impian angka 109

LocalFootball
23 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JDT realisasikan impian angka 109

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka kempen Liga Super 2026/27 dengan langkah kanan selepas menewaskan Kuching City FC 3-0 pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim malam kelmarin.

Kemenangan itu bukan sekadar menghadiahkan tiga mata dan trofi Sumbangsih kepada Harimau Selatan, malah menyaksikan JDT meneruskan dominasi luar biasa mereka dalam kancah bola sepak tempatan.

Jurulatih JDT, Xisco Munoz mengakui kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga 109 perlawanan bukan sesuatu yang mudah, sebaliknya hasil perancangan, pelaburan dan pembangunan kelab secara konsisten sejak lebih sedekad lalu.

Menurutnya, apa yang dicapai JDT hari ini bermula daripada visi kelab untuk meningkatkan fasiliti, memperkukuh skuad dan membina sebuah projek bola sepak yang mampu bersaing pada tahap tertinggi.

“Bagi saya, apabila melihat apa yang berlaku sejak 12 tahun lalu, bagaimana bos (pemilik, Tunku Mahkota Ismail) mengambil kelab ini, menyediakan fasiliti, membuat pelaburan dan mempercayai projek ini, hari ini kami berada di tahap tertinggi dan mencipta sejarah.

“Ia sesuatu yang luar biasa bukan sahaja untuk kelab, tetapi untuk negara, penyokong dan seluruh keluarga JDT,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.

Mengulas aksi menentang Kuching City, Xisco berkata, pasukannya berdepan lawan yang mempunyai kekuatan fizikal selain organisasi permainan yang baik, sekali gus memerlukan JDT bekerja keras untuk mendapatkan keputusan positif.

“Kami sudah bercakap mengenai perkara ini sebelum perlawanan. Kami tahu mereka pasukan yang kuat, mempunyai pemain yang agresif dan struktur permainan yang baik. Kami berjaya menyelesaikan perlawanan ini dengan baik, tetapi masih banyak perkara yang perlu diperbaiki,”katanya.

Xisco turut mengakui JDT perlu meningkatkan pengurusan permainan, khususnya ketika berdepan situasi di mana pasukan gagal menambah jaringan walaupun menguasai permainan.

The post JDT realisasikan impian angka 109 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved