Jefri Nichol Cacah Tatu Nama Ameera Khan Di Jari

11 Feb 2025 • 8:47 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kisah asmara aktor Indonesia, Jefri Nichol dengan adik Neelofa, Ameera Khan bukan lagi rahsia.

Keduanya pun sudah lebih terbuka dengan hubungan cinta mereka sejak penghujung tahun 2024. Jefri dan Ameera pun kerap mempamerkan kemesraan mereka menerusi perkongsiaan di Instagram masing-masing.



Terkini, seperti makin mengesahkan dirinya dilamun cinta terhadap Ameera, bintang filem Ali Topan itu telah mencacah tatu dipercayai merupakan akronim nama model dan pempengaruh muda itu.



Menerusi perkongsian di Insta Story, Jefri mempamerkan tatu huruf AK berwarna merah pada jari manis tangannya.



Meski tidak menulis sebarang penjelasan, peminat tahu AK adalah akronim kepada nama Ameera Khan.



Jefri, 26, diketahui sebagai aktor yang banyak melakonkan babak sensasi malah ada pengakuannya termasuk sudah meniduri ramai wanita menjadi sorotan. Namun Ameera, 24, bersikap terbuka dengan kerjaya kekasihnya itu.