
Dunia automotif tempatan kembali meriah apabila Vision Auto, pengedar rasmi jenama pencahayaan automotif premium AlphaRex di Malaysia, berjaya menganjurkan program Max & Maaya Orido Malaysia Tour 2026 baru-baru ini.
Program eksklusif yang berlangsung selama tiga hari dari 14 hingga 16 Ogos di sekitar Lembah Klang itu membawa peminat sukan bermotor tempatan merasai sendiri pengalaman ‘rapat’ bersama legenda drift terkemuka Jepun, Manabu “Max” Orido, serta anaknya, Maaya Orido.
Aksi ‘Drift Taxi Ride’ & Pelancaran Aksesori Baharu GT86
Sepanjang siri jelajah ini, fokus utama terarah kepada keupayaan teknologi lampu hadapan dan lampu belakang aftermarket garapan AlphaRex. Bagi menghargai sokongan peminat tempatan, Vision Auto turut memberikan ganjaran istimewa kepada pelanggan yang membuat pembelian serta pemasangan lampu AlphaRex iaitu peluang keemasan menaiki jentera drift (Drift Taxi Ride) yang dikendalikan sendiri oleh Max Orido!


Bukan itu sahaja, penganjuran kali ini turut menyaksikan pelancaran rasmi set lampu hadapan dan lampu belakang AlphaRex terbaharu untuk model Toyota GT86.
Bagi membuktikan kualiti dan daya tarikan visual produk baharu ini, jentera Toyota GT86 berhias livery khas AlphaRex telah dipandu lenjan oleh Max Orido dalam pertunjukan drift, sekali gus memperagakan kemasan pencahayaan terbaharu itu secara terus di litar.
Pengisian Tiga Hari Yang Padat
Acara tiga hari ini sarat dengan pelbagai pengisian menarik yang mempertemukan ratusan peminat tegar arena pemotoran tempatan:


- Aksi Drift Sisi Ke Sisi: Sesi pembukaan dihangatkan dengan pertunjukan drift gabungan Max Orido bersama barisan pemandu drifter profesional tempatan.
- Perhimpunan Komuniti: Sesi santai perhimpunan pemilik kenderaan dan peminat di Pineyard, Janda Baik, memberikan suasana lebih dekat antara ikon sukan motor dan peminat.
- Ramah Mesra Sesi Penutup: Acara diakhiri dengan sesi Meet-and-Greet eksklusif bertempat di pusat operasi Vision Auto, Bandar Sunway.
AlphaRex Bakal Kembali Ke Tokyo Auto Salon Malaysia 2026!
Bagi anda yang terlepas peluang kali ini, berita gembira menanti. Vision Auto dan AlphaRex Asia mengesahkan bahawa mereka bakal kembali membuat kemunculan di pameran automotif berprestij, Tokyo Auto Salon Malaysia (TASM) 2026.
Lebih menarik, pihak AlphaRex memberi pembayangan bahawa mereka bakal membawa barisan tetamu jemputan khas yang berbeza untuk kejutan seterusnya di Kuala Lumpur kelak.
Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran produk AlphaRex serta pengumuman tetamu khas TASM 2026, ikuti akaun rasmi Instagram @alpharexasia dan @visionauto.my.
The post Jelajah Max & Maaya Orido Di Malaysia Berakhir, Apa Yang Bakal Dibawa AlphaRex Seterusnya? appeared first on TW Media.



