Jemaah Haji Dari Indonesia Terkandas Selama 2 Hari Tanpa Wang & Makanan Sebelum Dibantu Oleh Mutawwif

Entertainment
20 Jun 2024 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menunaikan ibadah haji merupakan satu amal ibadah yang pastinya ramai umat Islam idamkan kerana bukan semua orang berkemampuan dapat mengerjakannya.

Bagaimanapun, 2 orang jemaah dari Indonesia ini telah ditimpa musibah apabila mereka terkandas selama 2 hari ketika mengerjakan ibadah itu. Dalam satu video yang tular di TikTok kini, mereka berdua dilihat masih berpakaian ihram.

Lebih mengharukan lagi, mereka tidak mempunyai telefon bimbit dan tidak makan sepanjang tempoh tersebut, malah pemilik video mendakwa selipar mereka juga putus yang mungkin menyukarkan perjalanan kedua-dua jemaah ini jika diperhatikan dari segi fizikalnya.

Walau bagaimanapun, mujurlah ada seorang mutawwif ini datang membantu mereka dengan memberikan makanan dan selipar miliknya sendiri sebelum dihantar pulang ke hotel mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen sebak dan sedih mengenangkan nasib jemaah-jemaah ini kerana teringatkan ibu bapa mereka sendiri. Bahkan ada juga yang memuji sifat mulia mutawwif yang dikatakan dari Malaysia ini dalam menjalankan tanggungjawabnya.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Mungkin itu dugaan buat mereka berdua di sana Semoga mereka berdua dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.