“Ni baru betul adil dua2” – Suami Bawa Kedua-dua Isteri Tunai Haji Raih Perhatian Ramai

Entertainment
20 Jun 2024 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menunaikan ibadah haji adalah impian bagi semua umat Islam, apatah lagi dapat mengerjakan ibadah ini bersama dengan orang yang tersayang.

Tular di TikTok, memaparkan seorang lelaki bersama-sama dua isterinya mengerjakan ibadah haji di Makkah.

Difahamkan, hantaran itu dimuat naik oleh seorang wanita yang dipercayai isteri kedua kepada lelaki terbabit.

Wanita yang dikenali sebagai Syuhada Sharidin berkongsi beberapa video dan gambar dia bersama suami dan madunya ketika berada di Tanah Suci.

Dalam video itu, Syuhada berharap segala urusan ibadah haji dipermudahkan dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka.

@syuhadasharidin

Bismillah…Semoga Allah permudahkan…Semoga Allah merahmati..Semoga Allah mengeratkan lagi kasih sayang di antara kami..semoga panggilan ini membuatkan hati kami makin kuat dan semoga ikatan ni terus kuat hingga ke akhir perjalanan… #haji2024 #ibadahhaji #poligami #sunnah #fyp #fypシ゚viral #foryoupage

♬ Labaika Allahuma Labaik – Mohamed Tarek

“Bismillah…Semoga Allah permudahkan, semoga Allah merahmati, semoga Allah mengeratkan lagi kasih sayang di antara kami.

“Semoga panggilan ini membuatkan hati kami makin kuat dan semoga ikatan ni terus kuat hingga ke akhir perjalanan,” tulisnya.

image is not available image is not available

Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai, rata-rata netizen memuji suaminya kerana berlaku adil dalam melayani kedua-dua isteri. Ada juga yang mengagumi kedua-dua wanita ini kerana dianggap isteri yang hebat memilih untuk berpoligami.

Dalam pada itu, netizen juga mendoakan agar urusan mereka bertiga dipermudahkan dan mendapat ibadah haji yang mabrur.

image is not available image is not available

Bertuah kedua-dua isteri diberi peluang menunaikan haji…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.