Jenayah siber Terengganu rekod 980 kes, kerugian RM21 juta

LocalTechnology
30 Jul 2026 • 1:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jenayah siber Terengganu rekod 980 kes, kerugian RM21 juta

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 980 kes jenayah siber dengan nilai kerugian RM20.94 juta direkodkan di Terengganu bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, meningkat 48 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jenayah siber turut kekal menjadi penyumbang terbesar kepada keseluruhan 1,009 kes jenayah komersial yang direkodkan di negeri ini sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, jumlah kerugian akibat jenayah siber meningkat daripada RM19.70 juta kepada RM20.94 juta, iaitu pertambahan sebanyak RM1.23 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Bagaimanapun, jumlah tangkapan bagi kes jenayah siber menurun daripada 436 orang kepada 393 orang, iaitu berkurangan 43 tangkapan,” katanya di sini.

Beliau berkata, secara keseluruhan sebanyak 1,009 kes pelbagai kesalahan jenayah komersial direkodkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini berbanding 955 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, jumlah kerugian keseluruhan turut meningkat daripada RM20.20 juta kepada RM21.04 juta, iaitu pertambahan sebanyak RM836,756.84.

“Namun, jumlah tangkapan keseluruhan menurun daripada 458 orang kepada 402 orang, berkurangan 56 tangkapan,” katanya. – UTUSAN

The post Jenayah siber Terengganu rekod 980 kes, kerugian RM21 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved