Jenazah Ahmad Shah dijangka tiba petang esok

29 Jul 2026 • 4:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jenazah Ahmad Shah dijangka tiba petang esok

PETALING JAYA – Jenazah Ahmad Shah Ahmad Ros yang maut selepas ditikam di Korea Selatan dijangka tiba di Malaysia pada pukul 5 petang esok.

Adik Allahyarham, Ain Sephia Fabian, 25, berkata, jenazah dijadualkan dibawa pulang menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS), tertakluk kepada kelancaran penerbangan serta urusan pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, pihak kami telah menerima pengesahan bahawa arwah dijangka tiba di Malaysia pada esok (30 Julai), sekitar pukul 5 petang dengan penerbangan MAS.

“Bagaimanapun, waktu ketibaan itu tertakluk kepada kelancaran penerbangan dan urusan pihak berkuasa,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut Ain Sephia, sebaik tiba di tanah air, jenazah akan dibawa ke Masjid Bandar Tasik Puteri untuk urusan solat jenazah.

Katanya, Allahyarham kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan membantu sepanjang urusan membawa pulang arwah.

“Mohon terus doakan agar segala urusan dipermudahkan sehingga arwah selamat disemadikan,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan segala urusan jenazah termasuk proses memandikan dan solat jenazah telah selesai dilaksanakan sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Incheon bagi urusan penerbangan pulang.

Allahyarham yang berusia 26 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas ditikam dalam kejadian di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, ketika dipercayai cuba membantu rakannya yang diserang sekumpulan individu.

Susulan kejadian itu, polis Korea Selatan menahan seorang lelaki warga Malaysia berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Jenazah Ahmad Shah dijangka tiba petang esok appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved