‘Empat jam kena sidai’ lori terbalik di Kesas

27 Jul 2026 • 9:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Empat jam kena sidai’ lori terbalik di Kesas

PETALING JAYA – Sebuah lori yang terbalik di Kilometer 29.60 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) arah Barat petang ini mengakibatkan kesesakan luar biasa sehingga ada pengguna jalan raya terkandas hampir empat jam untuk tiba ke destinasi.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia, semua lorong di lokasi kejadian ditutup sementara bagi kerja-kerja pengalihan kenderaan, sekali gus menyebabkan aliran trafik sesak dari Hicom menghala ke Bandar Puteri.

Susulan itu, media sosial dibanjiri pelbagai luahan pengguna jalan raya yang terkandas dalam kesesakan berjam-jam.

Seorang pengguna, Wan Samarudin, mendakwa dia terkandas hampir empat jam ketika dalam perjalanan ke Rimbayu selepas melalui Kesas dari arah Proton.

“Kesas buat lencongan ke bulatan Kota Kemuning. Aku nak ke Rimbayu, empat jam kena sidai. Bermula dari Proton,” katanya.

Zainon Abd. Rahman pula memaklumkan dia hanya tiba di rumah selepas kira-kira dua jam walaupun memulakan perjalanan pada pukul 6 petang.

“2 jam baru sampai rumah, gerak pukul 6 petang,” katanya.

Aizatrahim1 turut mempersoalkan punca kesesakan apabila trafik di kawasan Alam Megah didakwa hampir tidak bergerak selama kira-kira sejam.

“Apa berlaku dekat Kesas ? Alam Megah pun dekat satu jam tak gerak-gerak,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan sebuah lori terbalik di Kilometer 29.60 Kesas arah Barat menyebabkan semua lorong terhalang sebelum kerja-kerja pengalihan kenderaan dijalankan. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Empat jam kena sidai’ lori terbalik di Kesas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved