Jenazah Kapten Zainol Afiq selamat dikebumikan

13 Sep 2026 • 6:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jenazah Kapten Zainol Afiq selamat dikebumikan
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang di Seremban pada Ahad.
Image from: Jenazah Kapten Zainol Afiq selamat dikebumikan
Pengebumian Allahyarham Zainol Afiq hari ini turut dihadiri ratusan ahli keluarga, rakan dan kenalan bagi memberikan penghormatan terakhir.
Image from: Jenazah Kapten Zainol Afiq selamat dikebumikan
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Izzati Syamimi Suhaimi, 31, serta dua cahaya mata, Adelia Sofia, 6, dan Ian Zayn, sembilan bulan.

SEREMBAN - Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Baram, Sarawak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang di sini pada 6.04 petang tadi.

Solat jenazah Allahyarham Zainol Afiq disempurnakan selepas solat Asar di Masjid Bandar Baru Senawang, yang diimamkan bapanya, Bee Sham Ahmad dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

**media[3646306]**

Allahyarham Zainol Afiq antara lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas dan terbakar berhampiran hujung landasan STOLport Long Lellang kira-kira 3.40 petang Selasa lepas.

Nahas turut mengorbankan pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, jururawat, iaitu Jessie Paya Jok, 44, dan Debra Moset, 40, serta pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33.

**media[3646304]**

Dalam pada itu, Bee Sham, 59, turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir serta memberikan sokongan kepada keluarganya sepanjang lima hari berada di Miri, Sarawak bagi urusan membawa pulang jenazah anaknya itu.

"Terima kasih kepada semua yang hadir. Sepanjang lima hari di sana, kami sedaya upaya berusaha untuk membawa dan menguruskan jenazah anak kami supaya dapat dikebumikan di sini.

**media[3646305]**

"Sepanjang hidup saya bersamanya, dia seorang anak yang baik. Memang dari awal lagi dia bercita-cita untuk menjadi juruterbang...dia menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam tugasnya," katanya selepas selesai solat jenazah di masjid berkenaan.

Pengebumian Allahyarham Zainol Afiq hari ini turut dihadiri ratusan ahli keluarga, rakan dan kenalan bagi memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Izzati Syamimi Suhaimi, 31, serta dua cahaya mata, Adelia Sofia, 6, dan Ian Zayn, sembilan bulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved