Jenazah rakyat Malaysia ditikam di Korea Selatan dijangka tiba petang esok

29 Jul 2026 • 3:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jenazah rakyat Malaysia ditikam di Korea Selatan dijangka tiba petang esok

SHAH ALAM, 29 JULAI: Jenazah Allahyarham Ahmad Shah Ahmad Ros yang maut ditikam dalam pergaduhan berkumpulan di Korea Selatan dijangka tiba di Malaysia petang esok.

Adiknya, Ain Sephia, 25, berkata jenazah dijangka tiba kira-kira jam 5 petang esok dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS), tertakluk kepada kelancaran penerbangan dan urusan pihak berkuasa, lapor Berita Harian.

"Sebaik tiba, jenazah akan dibawa ke Masjid Bandar Tasik Puteri untuk urusan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri.

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan membantu sepanjang urusan membawa pulang arwah. Mohon terus doakan agar segala urusan dipermudahkan sehingga pengebumian," katanya.

Ahmad Shah, 26, dilaporkan maut selepas dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan di Korea Selatan.

Media Korea Selatan pergaduhan berkumpulan membabitkan warga asing berlaku di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara.

Susulan itu, anggota Balai Polis Eumseong menahan lelaki berusia 40-an yang juga rakyat Malaysia, disyaki terbabit dalam kes bunuh serta beberapa kesalahan lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved