
KIULU: Jenazah Bekas Ketua Biro Bilik Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) TV3 Sabah, Media Prima Berhad (MPB), Elphege Godomon selamat dikebumikan di tanah perkuburan kristian Kampung Malangang Baru dekat sini, jam 2 petang Khamis.
Mendiang disembahyangkan di gereja katolik St. Martin, Kampung Malangang Lama, Kiulu pada jam 11 pagi yang dihadiri lebih 100 saudara mara dan sahabat handai.
AdvertisementTerdahulu, berita pemergian mendiang dimaklumkan abang mendiang, Ben Godomon di media sosial menyatakan mendiang menghembuskan nafas terakhir jam 5.30 pagi, 24 Disember lalu pada usia 53 tahun di kediaman keluarganya di Kampung Kionsom Lama, Kiulu.
“Dengan penuh dukacita, saya memaklumkan bahawa adik saya, Elphege Godomon, telah meninggal dunia pada sekitar jam 5.30 pagi, 24 Disember 2024, di rumah keluarga di Kampung Kionsom Lama, Kilometer 2.5, Jalan Kiulu.
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more “Marilah sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.
Mendiang yang juga Ketua Pengarang Nabalu News kehilangan isterinya pada 2016 dan meninggalkan dua anak berusia 17 dan 19 tahun.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sebelum ini, mendiang pernah dilaporkan menerima rawatan akibat serangan jantung dan strok.
Elphege telah berkhidmat di Bilik Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 Sabah selama 24 tahun sejak 1994 dan jawatan terakhir sebagai Ketua Biro Sabah pada 2018.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mendiang juga merupakan pemenang pelbagai anugerah kewartawanan menerusi beberapa siri laporan khas di Sabah termasuk Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas dan Kinabalu Shell Press Award.


