Jenazah wartawan veteran TV3 selamat dikebumikan

26 Dec 2024 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KIULU: Jenazah Bekas Ketua Biro Bilik Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 Sabah Elphege Godomon selamat dikebumikan di tanah perkuburan kristian Kampung Malangang Baru dekat sini, jam 2 petang tadi.

Mendiang disembahyangkan di gereja katolik St. Martin, Kampung Malangang Lama, Kiulu pada jam 11 pagi yang dihadiri lebih 100 orang saudara mara dan sahabat handai.

AdvertisementTerdahulu, berita pemergian mendiang dimaklumkan abang mendiang, Ben Godomon di media sosial menyatakan mendiang menghembuskan nafas terakhir jam 5.30 pagi, 24 Disember lalu pada usia 53 tahun di kediaman keluarganya di Kampung Kionsom Lama, Kiulu.

"Dengan penuh dukacita, saya memaklumkan bahawa adik saya, Elphege Godomon, telah meninggal dunia pada sekitar jam 5.30 pagi, 24 Disember 2024, di rumah keluarga di Kampung Kionsom Lama, Kilometer 2.5, Jalan Kiulu".

SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more "Marilah sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.