Jengkaut terbakar di Tongod

LocalEnvironment
22 Aug 2024 • 2:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

KINABATANGAN: Sebuah jengkaut dilaporkan terbakar sebanyak 70 peratus (gambar) dalam kejadian di sebuah ladang di Kampung Tamoi, Tongod, di sini, petang Selasa, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata sepasukan tiga anggota dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi kira-kira 150 kilometer dari BBP selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.09 petang.

Mereka tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 6.54 petang.

Menurut pemanggil, kebakaran berlaku sekitar jam 3.10 petang.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Setelah memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pukul 7.39 petang.

Azlan berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.