Jeon Hyejin Kembali Bekerja Meski Lee Sunkyun Baru Meninggal Dunia, Ini Respon Netizen

Entertainment
19 Jan 2024 • 11:24 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selepas kematian suaminya, situasi terkini Jeon Hye-jin menjadi perbualan hangat.

Terbaru, akaun rasmi agensi Jeon Hye-jin telah memuat naik satu gambar bersama dengan kapsyen,

Pada petang yang mendayu, hilang kan lesu anda bersama Jeon Hye-jin.

Dalam gambar tersebut, Jeon Hye-jin kelihatan memakai pakaian yang selesa dengan sweater dan seluar kasual. Dia juga menyarungkan kasut sukan merah sambil mengikat tali kasut tanpa senyuman. Ianya kelihatan seperti gambar di belakang tabir di lokasi penggambaran.

Foto terkini Jeon Hye-jin menyentuh hati netizen, terutamanya kerana ia diambil hanya 22 hari selepas kematian suaminya Lee Sun-kyun.

Mendiang Lee Sun-kyun meninggal dunia pada 27 Disember tahun lalu semasa dalam siasatan atas dakwaan penggunaan dadah. Dengan pemergiannya, segala tuduhan berkaitan dadah terhadapnya terhenti dek tiada pendakwaan yang boleh dilakukan.

Ramai orang menghantar sokongan yang padu kepada Jeon Hye-jin kerana tampil kuat meskipun terpaksa melalui situasi menyayat hati dek khabar angin tidak henti-henti mengenai keluarganya selepas mendiang terpalit dengan tuduhan berkenaan.

Semoga kuat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.