Jerebu: 26 kawasan catat IPU tidak sihat termasuk lima di Selangor setakat 3 petang

LocalEnvironment
20 Oct 2026 • 3:26 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jerebu: 26 kawasan catat IPU tidak sihat termasuk lima di Selangor setakat 3 petang

SHAH ALAM, 20 OKT: Sebanyak 26 kawasan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tahap tidak sihat dengan Batu Muda, Kuala Lumpur merekodkan bacaan tertinggi iaitu 175 setakat 3 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya, Shah Alam dan Johan Setia merekodkan bacaan IPU 170. Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Klang (163) dan Banting (162).

Cheras pula merekodkan bacaan IPU 168 manakala Putrajaya mencatatkan 164.

Di Melaka, Bukit Rambai merekodkan bacaan IPU 167 manakala Alor Gajah dan Bandaraya Melaka (155).

Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan IPU 165, Seremban (163) dan Port Dickson (153).

Sementara itu, tujuh kawasan di Johor merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Larkin (158), Pasir Gudang dan Kota Tinggi (156), Kluang dan Pengerang (154), Tangkak (153) serta Batu Pahat (151).

Di Perak, Tasek Ipoh mencatatkan bacaan IPU 155, Pegoh Ipoh (152) dan Tanjung Malim (119).

Sementara itu, Paka, Terengganu mencatatkan IPU 156 manakala Rompin, Pahang (105).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat dan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved