Jerebu: 31 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
29 Sep 2026 • 9:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: 31 kawasan catat IPU tidak sihat
Sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat jam 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak (175); Pasir Gudang (170) dan Larkin (169) di Johor; Bandaraya Melaka (166); Nilai, Negeri Sembilan (165); Johan Setia, Selangor (163) dan Batu Muda di ibu negara (114). 

Sebanyak 30 kawasan pula mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan merekodkan IPU pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved