Vantris Energy raih untung bersih RM75 juta pada suku kedua

Business & Finance
29 Sep 2026 • 2:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Vantris Energy raih untung bersih RM75 juta pada suku kedua

PETALING JAYA: Vantris Energy Berhad (Vantris Energy) merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM75 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2027 berakhir 31 Julai 2026, menandakan suku ketiga berturut-turut mencatatkan keputusan positif selepas penstrukturan semula.

Bagi tempoh tempoh sama, hasil kumpulan meningkat 27 peratus kepada RM818 juta berbanding RM645 juta pada suku pertama, didorong peningkatan aktiviti dalam segmen kejuruteraan dan pembinaan (E&C) serta operasi dan penyelenggaraan (O&M).

Setakat 31 Julai 2026, tunai, deposit dan baki bank kumpulan berjumlah kira-kira RM2.0 bilion, mencerminkan kedudukan kecairan yang stabil susulan penstrukturan semula kewangan kumpulan.

Buku pesanan kumpulan berjumlah RM7.0 bilion setakat 31 Julai 2026, meningkat daripada RM5.9 bilion pada suku pertama tahun kewangan semasa.

Selain itu, bahagian kumpulan dalam buku pesanan yang dipegang melalui usaha sama dan syarikat bersekutu berjumlah RM2.7 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Vantris Energy, Muhammad Zamri Jusoh berkata, suku berkenaan mencerminkan kemajuan berterusan dalam membina semula prestasi operasi yang lebih mampan.

“Keutamaan kami kini adalah menukar buku pesanan kepada pelaksanaan projek yang konsisten dan menguntungkan.

“Kami kekal fokus untuk mengukuhkan pendapatan operasi berulang melalui pelaksanaan projek secara berdisiplin, kawalan kos yang ketat dan peningkatan penggunaan aset,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, segmen E&C mencatatkan hasil lebih tinggi berbanding suku sebelumnya, disokong peningkatan aktiviti daripada projek yang sedang berjalan serta permulaan projek baharu di seluruh Asia Tenggara dan Australia.

Jelasnya, antara projek utama yang dilaksanakan sepanjang suku berkenaan ialah empat projek penyahaktifan di Thailand dan Australia.

“Segmen O&M turut mencatatkan peningkatan hasil pada suku kedua susulan permulaan pesanan kerja bawah laut baharu.

“Buku pesanan O&M kini berjumlah kira-kira RM1.2 bilion dan segmen itu terus memberi tumpuan kepada peluasan kehadirannya di Asia Tenggara, dengan penekanan untuk memperoleh kontrak yang menyokong penggunaan aset secara berterusan dan jangka panjang,” jelasnya. – UTUSAN

The post Vantris Energy raih untung bersih RM75 juta pada suku kedua appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved