Jerebu: Aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan seluruh Terengganu

LocalEnvironment
15 Sep 2026 • 2:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan seluruh Terengganu

KUALA TERENGGANU – Aktiviti luar bilik darjah di semua sekolah di negeri ini ditangguhkan berkuat kuasa serta-merta berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan kecuali Besut merekodkan paras tidak sihat hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Kamsah @ Kamal Mohamed berkata, ia melibatkan semua aktiviti yang dijalankan di luar bangunan sekolah sehingga kualiti udara kembali berada pada tahap selamat.

Beliau berkata, penangguhan tersebut termasuk aktiviti sukan, kokurikulum, pendidikan jasmani, perkhemahan, lawatan, rekreasi dan aktiviti air.

“Ia berkuat kuasa sehingga kualiti udara semasa kembali berada pada tahap selamat.

“Pihak sekolah perlu memastikan murid dan pelajar khususnya yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan berada di dalam bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara luar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Setakat pukul 12 tengahari, tiga stesen pemantauan kualiti udara iaitu Kemaman, Paka dan Kuala Terengganu masing-masing merekodkan bacaan IPU 160, 158 dan 154 iaitu kategori tidak sihat. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: Aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan seluruh Terengganu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved