Jerebu di Serian masuki fasa darurat

LocalEnvironment
4 Sep 2026 • 4:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu di Serian masuki fasa darurat

PETALING JAYA – Jerebu di kawasan Serian, Sarawak memasuki fasa darurat apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 519 setakat pukul 3.50 petang ini.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan tersebut merupakan yang tertinggi direkodkan di negara ini pada waktu berkenaan.

Bacaan IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai tahap bahaya, sekali gus menjadikan keadaan kualiti udara di Serian amat membimbangkan.

Kuching turut merekodkan bacaan pada tahap bahaya iaitu 313, sekali gus menjadikan dua kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan melebihi paras 300.

Sementara itu, Samarahan merekodkan bacaan 284, manakala Sri Aman pula 236, masing-masing berada pada tahap sangat tidak sihat.

Keadaan jerebu turut menjejaskan beberapa kawasan lain bagi kategori tidak sihat sekitar Sarawak, Sabah dan beberapa daerah di Semenanjung dengan bacaan IPU antara 101 hingga 200.

Kawasan terjejas adalah Sarawak (Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Samalaju dan ILP Miri), Sabah (Tawau, Politeknik Kota Kinabalu dan Sandakan) serta Johor (Pasir Gudang, Segamat, Kota Tinggi dan Larkin). – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu di Serian masuki fasa darurat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved