Jerebu: IPU 150-180, Agong nasihat sekolah terjejas ditutup

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 3:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jerebu: IPU 150-180, Agong nasihat sekolah terjejas ditutup

SHAH ALAM, 8 OKT: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menasihatkan supaya sekolah di kawasan terjejas jerebu ditutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berpanjangan pada paras 150 hingga 180.

Seri Paduka Baginda bertitah, aspek keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan berikutan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Titah baginda, Kementerian Pendidikan (KPM) harus memberi perhatian serius terhadap perkara berkenaan.

“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.

“Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Semalam, Johor mengumumkan penutupan sekolah selama dua hari atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved