Jerebu: IPU Di Serian Capai Tahap Darurat Dengan Bacaan 521, Kerajaan Persekutuan Bincang Langkah Keselamatan Dengan Sarawak

LocalEnvironment
4 Sep 2026 • 3:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Jerebu: IPU Di Serian Capai Tahap Darurat Dengan Bacaan 521, Kerajaan Persekutuan Bincang Langkah Keselamatan Dengan Sarawak

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui beberapa kawasan di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat disebabkan jerebu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu Berpanjangan Boleh Jejaskan Sperma & Kesuburan Lelaki – Pakar

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sarawak, N9 & Lembah Klang Catat Bacaan IPU Tidak Sihat, Ramai Rakyat Malaysia Bimbang Dengan Situasi Jerebu

Daerah Serian di Sarawak catat bacaan IPU tahap darurat

Keadaan jerebu ini bagaimanapun dilihat semakin membimbangkan khususnya di daerah Serian, Sarawak mencapai tahap ‘darurat’ selepas ia merekodkan catatan bacaan IPU yang melebihi 500 pada hari ini (4 September).

Menerusi semakan di laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mendapati kawasan di Serian telah mencatat bacaan IPU 521 setakat jam 2 petang.

Kuching lokasi kedua mencatatkan bacaan IPU bahaya 311

Manakala satu lagi lokasi yang turut merekodkan bacaan di tahap bahaya adalah Kuching di mana catatan bacaan IPU mencecah 311.

Memetik laporan Harian Metro, dua lagi lokasi juga mempunyai bacaan IPU yang tidak sihat iaitu:

  • Samarahan dengan bacaan IPU 284
  • Sri Aman dengan bacaan IPU 235

11 lokasi rekod bacaan IPU tak sihat

Selain itu terdapat 11 lagi lokasi di seluruh negara yang juga merekodkan bacaan IPU tidak sihat seperti:

  • Sarikei – 182
  • Sibu – 181
  • Mukah – 177
  • Bintulu – 157
  • Kota Kinabalu – 152
  • Tawau – 151
  • Samalaju -146
  • Sandakan- 140
  • Pasir Gudang, Johor – 128
  • Miri – 112
  • Segamat, Johor – 115

PM bincang bersama Abang Jo, pihak berkuasa akan ambil tindakan sewajarnya

Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau berbincang dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi tindakan selanjutnya.

Menurut Anwar pihak berkuasa akan mengambil tindakan keselamatan sewajarnya jika darurat diisytiharkan ekoran daripada bacaan IPU yang memburuk.

Ini termasuklah menghentikan operasi sekolah dan juga pejabat, namun penutupan pejabat dan premis awam disyorkan untuk tidak membabitkan agensi keselamatan.

“Kita akan lakukan semua langkah yang perlu, sama ada pembenihan awan, mahupun tindakan lain walaupun ini (keadaan jerebu) kesan daripada perkembangan di tempat lain.

“Kita terpaksa tanggung dan sabar sebentar. Saya doakan supaya semuanya selamat bagi rakyat di Serian dan seluruh Sarawak serta beberapa lokasi lain yang turut terjejas,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Untuk maklumat status bacaan IPU udara adalah seperti berikut:

  • 0-50 – kualiti udara yang baik
  • 51-100 – Sederhana
  • 101-200 – tidak sihat
  • 201-300 – Sangat tidak sihat
  • melebihi 300 pula adalah kategori berbahaya

Mengikut maklumat terdahulu, catatan IPU melebihi bacaan 500 disifatkan tahap pencemaran yang ekstrim selain boleh membawa kepada tindakan kecemasan serta-merta oleh pihak berkuasa, perkara itu bergantung pada keadaan.

Menerusi semakan di media sosial kelihatan beberapa hantaran dikongsikan oleh @oneninetynseventhree dan Nabila Zakaria penduduk di Serian memaparkan keadaan jalan yang kabur disebabkan jerebu.

View on Threads
View on Threads
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved