Jerebu: Isytihar Darurat Di Kawasan IPU 500 Dibincang Dengan Kerajaan Sarawak - PM Anwar

LocalEnvironment
4 Sep 2026 • 4:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jerebu: Isytihar Darurat Di Kawasan IPU 500 Dibincang Dengan Kerajaan Sarawak - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Tindakan lanjut termasuk pengisytiharan darurat bencana susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 500 di Serian akan dibincangkan dengan Kerajaan Negeri Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau sudah menghubungi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan perkara berkenaan dua hari lepas.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan langkah keselamatan sewajarnya termasuk menghentikan operasi pejabat dan sekolah akan dilaksanakan, kecuali agensi kritikal, jika darurat diisytiharkan susulan bacaan IPU yang semakin buruk.

“Kita akan lakukan semua langkah yang perlu sama ada pembenihan awan mahupun tindakan lain walaupun ini (keadaan jerebu) adalah kesan daripada perkembangan di tempat lain.

“Kita terpaksa tanggung (kesan akibat jerebu) dan sabar sebentar. Saya doakan supaya semuanya selamat bagi rakyat di Serian dan seluruh Sarawak serta beberapa lokasi lain yang turut terjejas," katanya pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya di sini.

Pagi tadi, kualiti udara di Serian terus berada pada tahap bahaya apabila stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan IPU mencecah 518.

Berdasarkan laman wen Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Kuching turut mencatatkan bacaan pada tahap bahaya iaitu 310.

Dua lagi kawasan di Sarawak berada pada tahap sangat tidak sihat iaitu Samarahan dengan bacaan 281 dan Sri Aman (245).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved