Jerebu: Jarak penglihatan kurang baik jejas keselamatan nelayan

LocalEnvironment
11 Oct 2026 • 4:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Jarak penglihatan kurang baik jejas keselamatan nelayan

SEBERANG PERAI – Nelayan diingatkan supaya lebih berwaspada ketika menjalankan aktiviti di laut susulan keadaan jerebu yang berpotensi menjejaskan jarak penglihatan, sekali gus mengundang risiko keselamatan ketika pelayaran.

Pengarah Kanan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan Jabatan Perikanan, Ruzaidi Mamat berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan mengenai gangguan jerebu terhadap aktiviti penangkapan ikan.

“Buat masa ini aktiviti seperti biasa. Belum lagi saya mendengar bahawa kesan daripada jerebu ini mempengaruhi aktiviti penangkapan ikan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan vesel pengangkut (carrier vessel) Kha Yang 666 di Dermaga Dalam di sini, hari ini.

Menurutnya, nelayan perlu mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan jerebu menyebabkan jarak penglihatan di laut menjadi terhad.

“Kita bimbang sekiranya keadaan jarak penglihatan yang kurang baik boleh menjejaskan keselamatan nelayan yang sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan di laut. Jadi, berhati-hatilah,” katanya.

Ruzaidi berkata, Jabatan Perikanan akan terus memantau keadaan semasa bagi mengenal pasti sebarang kesan jerebu terhadap operasi penangkapan ikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kha Yang 666 milik Kha Yang Marine Sdn Bhd merupakan vesel pengangkut tuna yang didaftarkan di bawah bendera Malaysia dan berpangkalan di Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: Jarak penglihatan kurang baik jejas keselamatan nelayan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved