Jerebu jejas 16 peratus KDNK Malaysia 

LocalEnvironment
7 Oct 2026 • 11:38 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jerebu jejas 16 peratus KDNK Malaysia 

KUALA LUMPUR: Pencemaran alam sekitar dan kejutan iklim termasuk jerebu yang kini kerap berulang boleh menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia susut sehingga 16 peratus menjelang 2050.

Wakil Residen Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Edward Vrkic berkata, pencemaran jerebu mengingatkan semua pihak tentang kepentingan hak berkaitan alam sekitar.

Katanya, sebanyak 53 peratus ekonomi global bergantung kepada udara, air atau tanah yang bersih sama ada dalam sektor pertanian, pengeluaran atau pembuatan.

“Kita bercakap tentang hak sosial dan alam sekitar ketika jerebu sudah menjadi acara tahunan. Ia mengingatkan kita betapa pentingnya hak terhadap segala-galanya dalam persekitaran kita.

“Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem dan perkhidmatan berasaskan alam semula jadi kepada ekonomi,” katanya semasa berucap ketika Persidangan Kebangsaan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia 2026 di Pusat Kecemerlangan AICB di sini, hari ini.

Menurut Edward, analisis UNDP menunjukkan hubungan positif dan signifikan secara statistik antara peningkatan prestasi hak asasi manusia dengan pulangan atas pelaburan serta aset syarikat.

Jelasnya, penambahbaikan amalan buruh antara faktor yang menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjurkan 5 peratus bagi dua tahun akan datang.

“Melabur dalam manusia meningkatkan produktiviti dan menjadikan sesebuah negara destinasi pelaburan yang lebih menarik.

“Pencapaian itu perlu dilindungi daripada risiko alam sekitar yang kian meruncing,” katanya.

Dalam pada itu, Edward berkata, ujian sebenar Pelan Tindakan Kebangsaan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) terletak pada kesannya terhadap kehidupan rakyat, kekukuhan ekonomi dan perlindungan alam sekitar untuk generasi akan datang.

“Kita mesti bekerjasama memastikan tiada komuniti ketinggalan dalam peralihan hijau dan ekonomi Malaysia,” katanya.-UTUSAN

The post Jerebu jejas 16 peratus KDNK Malaysia  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved