Jerebu: Lagi 63 sekolah di Sarawak ditutup mulai esok

LocalEnvironment
6 Sep 2026 • 8:27 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Lagi 63 sekolah di Sarawak ditutup mulai esok

PETALING JAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memutuskan penutupan sementara 63 sekolah lagi di Sarawak, bermula Isnin hingga Jumaat depan susulan jerebu.

Penutupan tambahan itu melibatkan 54 buah sekolah rendah (22,476 murid) dan 9 buah sekolah menengah (17,268 murid) di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu dan PPD Tatau/Sebauh.

Menurut JPN Sarawak, ia menjadikan jumlah keseluruhan sekolah terlibat adalah sebanyak 710 buah di bawah seliaan 14 PPD.

“Keputusan dibuat berdasarkan pemantauan berterusan dan bacaan indeks pencemar udara (IPU) mencecah tahap sangat tidak sihat pada pukul 8 malam tadi.

“Penutupan sementara sekolah-sekolah pada 7 hingga 11 September 2026 melibatkan 617 buah sekolah rendah (130,953 orang murid) dan 93 buah sekolah menengah (107,350 orang murid).

“Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sementara, selaras dengan peruntukan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM),” kata kenyataan itu.

Semua institusi pendidikan di bawah seliaan JPN Sarawak juga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan sentiasa merujuk kepada Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar, Sistem Pengurusan IPU serta mematuhi garis panduan berkaitan aktiviti luar.

“Pantau tahap IPU di kawasan atau daerah masing-masing serta mematuhi saranan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan murid dan warga institusi pendidikan,” ujar kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: Lagi 63 sekolah di Sarawak ditutup mulai esok appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved