Jerebu: Lima Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 4 Petang

LocalEnvironment
13 Sep 2026 • 4:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jerebu: Lima Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 4 Petang

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Sebanyak lima kawasan, empat di Sarawak dan satu di Semenanjung, mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu setakat 4 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), empat kawasan di Sarawak yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (174), Sri Aman (164), Samarahan (154), Kuching (154).

Di Semenanjung, Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 131.

Secara keseluruhan, sebanyak 56 kawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan mencatat bacaan baik, sementara tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat dan berbahaya.

Baca juga:

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved