Jerebu makin buruk, Selangor tunggu laporan penuh agensi

LocalEnvironment
16 Sep 2026 • 5:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu makin buruk, Selangor tunggu laporan penuh agensi

PUTRAJAYA – Kerajaan Selangor akan meneliti langkah susulan bagi menangani situasi jerebu yang kembali merosot di beberapa lokasi di negeri itu sejak semalam.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mendapatkan laporan lengkap daripada semua agensi berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita tengok lagi keadaan. Hari Jumaat ini kita ada mesyuarat Exco, kita akan bincangkan dengan teliti langkah-langkah susulan kerana selepas agak reda pada hari Ahad, keadaan kembali buruk semalam dan hari ini.

“Kita akan tengok hari Jumaat nanti laporan daripada semua pihak,” katanya ditemui selepas menghadiribMajlis Perasmian Festival Buku Islami (FBI) 2026 sempena Festival Turath Islami Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah yang akan diambil kerajaan negeri susulan keadaan jerebu yang kembali menjejaskan beberapa kawasan di Selangor.

Amirudin berkata, kerajaan negeri juga akan mendapatkan maklumat terkini daripada Jabatan Kesihatan Negeri serta agensi berkaitan bagi memastikan tindakan yang diambil bersesuaian dengan tahap pencemaran semasa.

Katanya, antara langkah yang sedang dipertimbangkan termasuk usaha membantu pihak sekolah serta melindungi kesihatan murid sekiranya keadaan jerebu berpanjangan.

Jelasnya lagi, langkah-langkah yang patut dibuat akan termasuk untuk membantu sekolah dan juga mengawal kanak-kanak kita yang belajar di sekolah.

Sebanyak 40 kawasan di seluruh negara merekoskan bacaan indeks pencemar udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 12.40 tengah hari ini dengan Johan Setia di Selangor kekal menjadi lokasi paling kritikal di seluruh negara dengan bacaan IPU tertinggi mencecah 185.

Menurut data portal rasmi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, enam lagi kawasan di Selangor turut diselimuti jerebu pada tahap tidak sihat iaitu Shah Alam (174), Petaling Jaya (167), Klang (165), Banting (165), dan Kuala Selangor (164). – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu makin buruk, Selangor tunggu laporan penuh agensi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved