Jerebu: Selangor teliti langkah susulan Jumaat ini, kata Amirudin

LocalEnvironment
16 Sep 2026 • 10:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Jerebu: Selangor teliti langkah susulan Jumaat ini, kata Amirudin

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Selangor akan membincangkan langkah susulan menangani jerebu dalam mesyuarat Exco Jumaat ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan Selangor akan meneliti langkah susulan bagi menangani isu keadaan jerebu yang kembali serius, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini berdasarkan laporan daripada semua pihak berkaitan.

“Jumaat ini kita ada mesyuarat Exco. Kita akan bincangkan dengan teliti langkah susulan kerana selepas agak reda pada Ahad, keadaan jerebu kembali buruk terutama semalam dan hari ini. Kita akan tengok Jumaat nanti mengikut laporan daripada semua pihak,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Buku Islami 2026 di Masjid Putra di sini bersempena dengan Festival Turath Islami Malaysia.

Beliau berkata kerajaan negeri juga perlu mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi berkaitan sebelum menentukan langkah yang sewajarnya.

“Langkah yang patut dibuat termasuk membantu sekolah dan juga mengawal anak-anak kita yang belajar. Ini kerana mereka mempunyai masa yang agak panjang di sekolah dan (cara untuk) mengehadkan aktiviti luar supaya mereka tidak terdedah kepada keadaan jerebu,” katanya.

Enam kawasan di Selangor mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4.30 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), enam kawasan di Selangor merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Johan Setia (183), Shah Alam (170), Petaling Jaya (164), Klang (160), Banting dan dan Kuala Selangor (159).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved