Jerebu: PPN pantau IPU, umum sekolah buka atau tutup setiap hari – KPM

LocalEnvironment
10 Oct 2026 • 10:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: PPN pantau IPU, umum sekolah buka atau tutup setiap hari – KPM

PETALING JAYA – Pengarah Pendidikan Negeri (PPN) akan membuat pemakluman tentang status operasi sekolah, setiap hari berdasarkan data bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, pihaknya telah mengarahkan PPN menubuhkan Jawatankuasa Petugas Pemantau Jerebu bagi tujuan tersebut.

“Ia melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Jawatankuasa ini akan memantau indeks IPU jerebu mengikut ketetapan masa pada setiap hari.

“Berdasarkan maklumat dan data oleh jawatankuasa ini, PPN akan membuat keputusan sama ada sekolah beroperasi seperti biasa atau secara BDR-PdPr,” kata kenyataan itu, hari ini.

Jelas KPM, PPN akan mengeluarkan pengumuman pada hari Sabtu bagi sekolah dalam kumpulan A dan pada hari Ahad bagi sekolah dalam kumpulan B tentang status operasi sekolah sebelum pukul 2.45 petang.

“Pemakluman ini turut memudahkan kumpulan murid yang hendak pulang ke asrama atau sebaliknya.

“Sementara pada hari-hari lain, PPN akan membuat pemakluman sebelum pukul 5.45 petang tentang status operasi sekolah berdasarkan data bacaan IPU,” tambah kenyataan sama.

Tambah KPM, pihak kementerian mengambil perhatian atas kebimbangan ibu bapa dan penjaga berhubung kesihatan anak-anak yang bersekolah dalam situasi jerebu yang masih berterusan di beberapa kawasan.

“Kerjasama dan perhatian semua pihak khususnya ibu bapa dan penjaga dipohon agar cakna terhadap pengumuman oleh PPN.

“Ia akan dibuat menerusi saluran medium komunikasi rasmi JPN, PPD dan saluran komunikasi yang terdapat di sekolah masing-masing,” ujar kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: PPN pantau IPU, umum sekolah buka atau tutup setiap hari – KPM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved