Sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu beroperasi seperti biasa esok

10 Oct 2026 • 7:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu beroperasi seperti biasa esok

PETALING JAYA – Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan beroperasi seperti biasa, esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri berkenaan masih terkawal.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memantau perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa.

“Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu beroperasi seperti biasa esok (11 Oktober 2026) memandangkan bacaan IPU masih terkawal.

“KPM akan terus memantau perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor ditutup bermula Jumaat susulan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan.

Penutupan itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah berikutan keadaan kualiti udara yang tidak sihat di kawasan terjejas. – KOSMO! ONLINE

The post Sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu beroperasi seperti biasa esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved