Jerebu: Sekolah di empat PPD Selangor, Kuala Lumpur ditutup Isnin

LocalEnvironment
11 Oct 2026 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Sekolah di empat PPD Selangor, Kuala Lumpur ditutup Isnin
Fadhlina Sidek

SHAH ALAM - Semua sekolah di bawah empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor dan Kuala Lumpur ditutup pada Isnin susulan situasi jerebu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan pada 12 Oktober itu melibatkan sekolah di bawah PPD Bangsar Pudu, PPD Hulu Langat, PPD Gombak dan PPD Petaling Perdana.

"Sekolah di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa.

"Bagi Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah di bawah PPD selain yang dinyatakan turut beroperasi seperti biasa.

"Ibu bapa dan warga sekolah dimohon merujuk makluman rasmi KPM, JPN dan PPD masing-masing bagi sebarang perkembangan terkini," katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan, Pengarah Pendidikan Negeri (PPN) akan membuat pemakluman tentang status operasi sekolah, setiap hari berdasarkan data bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan PPN menubuhkan Jawatankuasa Petugas Pemantau Jerebu bagi tujuan tersebut.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved