Jerebu: Sekolah di Johor, tiga PPD Selangor teruskan PdPR esok

11 Oct 2026 • 4:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Sekolah di Johor, tiga PPD Selangor teruskan PdPR esok

PETALING JAYA – Sekolah di Johor serta beberapa daerah di Kuala Lumpur dan Selangor akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) esok susulan bencana jerebu yang melanda negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, memaklumkan sekolah di Kuala Lumpur yang terlibat ialah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar Pudu, manakala di Selangor membabitkan PPD Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana.

Berdasarkan maklumat status pengoperasian sekolah bagi 12 Oktober 2026, sekolah di negeri dan daerah lain akan beroperasi seperti biasa.

Antara negeri yang meneruskan sesi persekolahan seperti biasa ialah Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Melaka, Pahang, Perlis, Sabah dan Labuan, selain Putrajaya.

Status itu tertakluk kepada perkembangan semasa kualiti udara serta arahan pihak berkuasa.

Ibu bapa, penjaga dan guru dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti maklumat terkini melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: Sekolah di Johor, tiga PPD Selangor teruskan PdPR esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved