Jerebu: Sekolah Di Rompin Dan Kuantan Ditutup Sementara, PdPR Dilaksana

LocalHealth & Fitness
12 Oct 2026 • 5:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jerebu: Sekolah Di Rompin Dan Kuantan Ditutup Sementara, PdPR Dilaksana

Semua institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan, Pahang akan ditutup sementara mulai esok berikutan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan serta keselamatan murid dan warga pendidikan.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak berdasarkan keadaan semasa jerebu dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kedua dua daerah berkenaan.

Image from: Jerebu: Sekolah Di Rompin Dan Kuantan Ditutup Sementara, PdPR Dilaksana
Kenyataan media JPN Pahang

Sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan menggunakan kaedah bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

Menurut kenyataan itu, semua institusi pendidikan terlibat diarahkan memantau bacaan IPU secara berterusan dan mematuhi arahan serta garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan.

Pihak institusi pendidikan turut diminta mengawal aktiviti yang boleh mendedahkan murid serta warga pendidikan kepada udara tidak sihat dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko terhadap kesihatan mereka.

JPN Pahang berkata, pemantauan akan dilaksanakan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rompin, PPD Kuantan dan agensi berkaitan bagi memastikan tindakan yang diambil bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Pembukaan semula institusi pendidikan akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi JPN Pahang selepas keadaan dan bacaan IPU kembali ke tahap yang membolehkan operasi dijalankan dengan selamat.

Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan mengikuti saluran rasmi JPN Pahang bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tempoh penutupan serta pengumuman pembukaan semula institusi pendidikan.

Baca juga:

JPN Pahang menegaskan bahawa kesihatan, keselamatan dan kebajikan murid, guru serta seluruh warga pendidikan kekal menjadi keutamaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved