Jerebu: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok

LocalEnvironment
12 Oct 2026 • 5:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok
Fadhlina - Foto Bernama

SHAH ALAM – Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup pada Selasa susulan situasi jerebu semasa.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan itu turut melibatkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang di Selangor.

Menurut beliau, di Pahang pula hanya sekolah di bawah PPD Kuantan dan Rompin ditutup.

“Sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa.

“Begitu juga sekolah di daerah lain di Selangor dan Pahang yang tidak terlibat dengan penutupan.

“Bagi sekolah yang beroperasi seperti biasa, pihak sekolah diminta memastikan aktiviti luar dipantau mengikut keadaan kualiti udara semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Fadhlina berkata, ibu bapa, murid dan warga sekolah turut dinasihatkan supaya memakai pelitup muka yang bersesuaian apabila berada di luar, khususnya di kawasan yang terjejas akibat jerebu.

“Semua pihak diminta mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved