Jerebu: Semua Sekolah Berdaftar Dengan KPM Di Negeri Sembilan Ditutup Esok

LocalEnvironment
13 Oct 2026 • 3:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jerebu: Semua Sekolah Berdaftar Dengan KPM Di Negeri Sembilan Ditutup Esok

Semua institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan tutup pada Rabu, 14 Oktober 2026.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam satu kenyataan berkata, sepanjang tempoh penutupan itu, semua murid termasuk yang berada di asrama mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sekolah Berdaftar Dengan KPM Di Negeri Sembilan Ditutup Esok

Image from: Jerebu: Semua Sekolah Berdaftar Dengan KPM Di Negeri Sembilan Ditutup Esok

"Ia bagi memastikan kesinambungan pembelajaran murid selaras dengan kenyataan daripada KPM.

"Ibu bapa dan penjaga diminta memastikan anak-anak mengikuti PdPR sepanjang tempoh penutupan sekolah," katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, pihak sekolah juga diminta memastikan pelaksanaan PdPR berjalan lancar serta kebajikan dan keselamatan murid, termasuk yang tinggal di asrama, sentiasa terpelihara.

"JPNS akan terus memantau perkembangan semasa, termasuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkaitan, dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap pengoperasian institusi pendidikan.

Baca juga:

"Ibu bapa, penjaga, calon peperiksaan dan pihak sekolah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran rasmi JPNS bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini serta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved