Jerebu: Semua sekolah di Hulu Langat, Sepang ditutup 14 Oktober

LocalEnvironment
13 Oct 2026 • 3:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jerebu: Semua sekolah di Hulu Langat, Sepang ditutup 14 Oktober

SHAH ALAM, 13 OKT: Semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan PPD Sepang ditutup esok susulan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan penutupan itu melibatkan semua sekolah di kedua-dua daerah berkenaan pada 14 Oktober.

"Penutupan ini melibatkan semua sekolah di kedua-dua daerah berkenaan.

“Sementara itu, semua sekolah di daerah-daerah lain beroperasi seperti biasa," menurutnya kenyataan ari ini.

Pihak sekolah yang terlibat diminta memaklumkan penutupan berkenaan kepada ibu bapa atau penjaga serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa diutamakan.

Warga pendidikan dan ibu bapa turut dinasihatkan supaya mengikuti makluman rasmi pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara dan arahan operasi sekolah.

Maklumat lanjut mengenai operasi serta pembukaan semula sekolah akan disalurkan menerusi saluran rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan JPNS.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek memaklumkan semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan turut ditutup esok susulan jerebu, selain sekolah di beberapa daerah di Pahang, Sabah dan Sarawak.

Sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan, manakala guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved