Jerebu: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan masih ditutup

LocalEnvironment
13 Oct 2026 • 3:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan masih ditutup
Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan masih ditutup pada Rabu susulan situasi jerebu semasa.

SHAH ALAM - Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan masih ditutup pada Rabu susulan situasi jerebu semasa.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan itu turut melibatkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

Menurut beliau, di Pahang pula hanya sekolah di bawah PPD Kuantan, Pekan dan Rompin ditutup.

"Begitu juga sekolah di kawasan PPD Tawau, Sabah dan PPD Serian, Sri Aman serta Lubok Antu di Sarawak tidak dibuka.

"Sekolah di semua negeri dan daerah lain beroperasi seperti biasa," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Tambah Fadhlina, sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan.

"Manakala guru-guru dan AKP dibenarkan Bekerja Dari Rumah (BDR).

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved