Jerebu: Johor laksana solat hajat bermula hari ini - Exco

LocalEnvironment
12 Oct 2026 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Johor laksana solat hajat bermula hari ini - Exco
Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan solat hajat di semua masjid dan surau di seluruh negeri bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih, susulan jerebu ketika ini.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan solat hajat di semua masjid dan surau di seluruh negeri bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih, susulan jerebu ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, solat hajat itu diadakan selepas solat Maghrib sebagai usaha memohon pertolongan dan perlindungan daripada ALLAH SWT agar keadaan kualiti udara kembali baik serta kesihatan rakyat sentiasa terpelihara.

"Sehubungan dengan itu, seluruh umat Islam diseru untuk bersama-sama menyertai solat hajat serta memperbanyakkan doa dan munajat agar keadaan jerebu dapat diatasi, segala urusan dipermudah dan seluruh rakyat sentiasa berada dalam rahmat serta perlindungan Allah SWT," katanya menerusi hantaran Facebook pada Isnin.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Johor berharap agar usaha itu menjadi ikhtiar dalam memohon kesejahteraan seluruh rakyat dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Di Johor, tujuh kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 4 petang tadi dengan Pasir Gudang mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 174 diikuti Kota Tinggi (170), Pengerang (166), Larkin (160), Tangkak (152), Batu Pahat (156) dan Kluang (151). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved