Kualiti udara Selangor merosot, Johan Setia catat IPU tertinggi

LocalEnvironment
7 Oct 2026 • 9:51 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kualiti udara Selangor merosot, Johan Setia catat IPU tertinggi

SHAH ALAM, 7 OKT: Johan Setia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Selangor dengan 190 setakat jam 9 pagi ini, susulan kualiti udara tidak sihat yang berterusan di beberapa kawasan negeri itu.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), bacaan 190 di Johan Setia turut menyamai Batu Pahat, Johor sebagai bacaan IPU tertinggi di seluruh negara.

Cheras, Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing merekodkan bacaan 189, manakala Putrajaya mencatat 187.

Di Selangor, Shah Alam merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 180, diikuti Petaling Jaya dan Banting masing-masing 176 serta Klang (169), dengan kesemuanya berada dalam kategori tidak sihat.

Sementara itu, bacaan tidak sihat turut direkodkan di Kemaman dan Paka, Terengganu masing-masing 156, Tawau, Sabah (155), Tanjung Malim, Perak (154), IPD Serian, Sarawak (152), Tasek Ipoh (147), Kuala Terengganu (120) dan Pegoh Ipoh (113).

Secara keseluruhan, sebanyak 35 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU dalam kategori tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 dan ke atas dikategorikan sebagai berbahaya.

Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengehadkan aktiviti luar, khususnya di kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved